2008-01-20

..KEMBALI

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. dari Impian Mushroom. Semoga anda sekalian sihat bersama keluarga dan tugas. Terlebih dahulu saya ingin mohon maaf atas kesulitan pada blog ini selain kehilangan beberapa data. Tanpa disedari telah menghampakan beberapa pihak. Maaf sekali lagi dan kini dalam usaha memperbaiki kelemahan yang lalu..

Minggu yang sebok.. kerana menguruskan perpindahan lokasi operasi Impian Mushroom. Yang kini sudah 90% dan hampir siap. Kami akan beroperasi sepenuhnya di tapak baru ini pada bulan Feb 2008. Dengan adanya bangsal dan bengkel penyediaan baru, bersinarkan tahun baru, berpimpinkan azam baru, kami menjunjung tanggungjawab dalam mengeluarkan produk makanan yang bersih, suci dan halal. Insya Allah.

Setinggi tahniah buat rakan pengusaha Fatisha Agrofarm yang telah berjaya menganjur kursus dengan jayanya. Selain mendapat sokongan daripada beberapa pihak. Semoga perjalanan perusahaan saudari Fatisha bertambah lancar. Dan kepada peserta kursus, manfaatkanlah ilmu yang telah anda pelajari. Kerana kursus praktikal sebagai permulaan perusahaan cendawan ini adalah sangat penting, disamping tip-tip yang berguna yang boleh anda gunakan didalam industri cendawan ni.

0 comments:


 
Impian Mushroom