2008-01-22

KURSUS TANAMAN CENDAWAN

Saya yakin ramai pengusaha yang menjalankan perusahaan cendawan bermula dengan kursus. Bukan cendawan sahaja, malah apa bidang usaha sekalipun bermula dengan kursus. Tujuan hadiri kursus adalah untuk mempelajari proses penyediaan, penjagaan bangsal, mengenal dan menangani masalah dan beberapa modul berkaitan bidangusaha yang bakal kita ceburi.

Dalam dunia cendawan kursus adalah kemestian bagi sesiapa yang tiada pengalaman. Buat masa ini ada sesetengah pengusaha yang sedang menganjurkan kursus. Ini merupakan satu perkembangan menarik untuk meningkatkan industri cendawan di Malaysia. Anda boleh hadiri kursus tersebut di Fatisha Agrofarm, Chini Agro, Projek Cendawan, Cendawan Puchong dan beberapa pengusaha lain yang saya tak pasti tarikhnya.

Apa yang saya nak tekankan di sini adalah, sebaik-baik kursus adalah bergantung kepada latihan praktikal atau hands-on. Ini sangat penting untuk peserta lakukan sendiri dari proses penyediaan hingga tuaian dan pembungkusan. Selain daripada nota, anda mungkin akan di berikan 'tips' berguna sebagai bonus. Pilihlah penganjur bersesuaian, daftar sebagai peserta, hadiri kursus, jadilah usahawan cendawan hingga bergelar jutawan.

0 comments:


 
Impian Mushroom