2008-03-27

Kursus Cendawan Impian Mushroom

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Lamanya tak update blog ni. Banyak sangat benda nak di buat sehingga tak ter update utk berminggu lamanya. Minggu lepas sahaja menjalankan 2 kursus yang di adakan di ladang Impian Mushroom. Dan Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. Program usahasama dengan Pejabat Pertanian Segamat mengeratkan hubungan antara bakal pengusaha dan Jabatan Pertanian. Berikut dipaparkan kegiatan yang sempat dirakamkan ketika waktu program.
Sebilangan kenderaan peserta yang hadir pada hari kursus.
Sebahagian peserta yang sedang teliti mendengar penerangan oleh Pegawai Pertanian Panchor, Muar. Sambil mencatat isi-isi penting.
Kegiatan praktikal sedang dijalankan. Dibahagikan kepada 3 kumpulan supaya semua peserta dapat menyertai aktiviti membancuh media.
Proses 'begging' sedang berlansung. Peserta diajar cara memadatkan habuk kayu.

Selepas aktiviti menyuntik benih, peserta di bawa ke dalam bangsal utk teknik menyusun bongkah ke atas rak. Peserta ini tertarik dengan ukuran rak kami yang tepat dengan susunan bongkah.
Sesi penjagaan bangsal. Peserta diberi penerangan mengenai penjagaan bangsal dan siraman. Semoga anda semua dapat mulakan projek cendawan sebaik mungkin. Kepada rakan-rakan blog yang sudi menyiarkan iklan kursus kami di ucapkan ribuan terima kasih atas jasa anda sekalian. Azahari e-cendawan, Cendawan Melaka, Mutiara Mushroom, Kulat Enterprise, Fatisha Agrofarm, Mayang Agro, Chini Agro, Tunas Alam dan rakan blog yg lain.

Terima Kasih kepada En. Zul dari Pejabat Pertanian Segamat dan En. Mohd Shamsudin dari Pejabat Pertanian Panchor yang banyak berkongsi ilmu cendawan. Semoga bertemu lagi.

0 comments:


 
Impian Mushroom