2008-03-18

Mesin Pembancuh Media Cendawan

Dalam usia yang semakin meningkat dalam industri cendawan disamping memenuhi permintaan pasaran, kini Impian Mushroom mengambil langkah untuk melancarkan operasi penyediaan. Kami telah menempah mesin pembancuh. Dengan adanya mesin pembancuh ini, penyediaan dapat dijalankan dengan lebih lancar. Mesin yang kami tempah telah siap dan selamat di gunakan.
*Boleh mengisi sehingga 200kg habuk kayu.
*Takungan habuk kayu di perbuat dari Stainless Steel supaya mudah dibersihkan selepas guna dan tahan karat.
*Boleh di balikkan takungan setelah guna supaya habuk kayu mudah di luahkan dan dibersihkan.
*Menggunakan motor 2hp.
Kini tenaga kami dapat dijimatkan dan tumpuan diberikan pada proses begging. Kepada yang ingin mendapatkan bongkah bolehlah hubungi kami utk mendapatkan harga yang menarik berserta pakej penghantaran.

0 comments:


 
Impian Mushroom