2008-03-04

PERMULAAN IMPIAN MUSHROOM

Pejam celik-pejam celik, tanpa disedari dah hampir setahun Impian Mushroom menjalankan aktiviti cendawan. Bermula dengan membaca akhbar ruangan asas tani, mencari maklumat online, hadiri kursus walaupun ke utara nun, dan dapatkan bongkah untuk mempelajari penjagaan cendawan. Pada peringkat ini kurang masalah yg dihadapi, Seronoknye menjaga cendawan dan mendapatkan hasilnya. Di sebelah ini lah rumah dimana saya memulakan projek cendawan. Rumah ini telah lebih 5 tahun tidak didiami. Ertikata lain rumah yang telah ditinggalkan. Kapasiti rumah ini boleh memuatkan 15000 bongkah cendawan. Disinilah saya telah melalui detik-detik gembira dan duka dalam menguruskan bongkah cendawan. Banyak ujian dilalui, pengalaman dalam menangani masalah dan Alhamdulillah segalanya dijadikan pengajaran. Ilmu yang tak ternilai. Dan ingin saya kongsi satu pengalaman yang sempat di rakamkan supaya boleh di buat pengajaran. Rak yang menampung bongkah cendawan telah roboh. Bayangkan kesemua bongkah yang beratnya lebih kurang 1tan setengah tersusun di atas rak yang tiada sokongan. Beginilah jadinya. Sedihnya waktu itu bila melihat banyaknya bongkah yang jatuh ke lantai dan pecah. Sejak dari kejadian tersebut, semua rak saya di buat sokongan antara rak dibahagian atasnya dan dipakukan pada tiang yang kekal. Jadikanlah apa yg saya alami ini sebagai panduan, buatlah kayu sokongan antara rak ke rak walaupun anda pasti dengan kekukuhan rak anda. Dengan rak yang kukuh dan di sokong oleh kayu sokongan antara rak, anda dapat mengelakkan beg bongkah dari rebah dan pecah.

0 comments:


 
Impian Mushroom