2008-03-27

Perkembangan yang menarik...


Gambar ini telah dirakamkan pada 18/03/2008. Pada waktu ini hampir 90% bongkah yang disuntik pada 16/02 telah memutih penuh keseluruhan bongkah. Kami tidak mengambil sebarang tindakan, kerana ingin memeram sehingga 50 hari.

Gambar ini pula dirakam pada 21/03/2008. Ada bongkah yang dah mula mengeluarkan putik. Kejadian yg memeranjatkan kami yang masih belum bersedia untuk menyambutnya.

Kebanyakkan bongkah mengeluarkan cendawan tanpa sempat dibuka penutup peramnya. Gambar ini dirakam pada 24/03/2008. Hanya satu bongkah yang teratas tu sempat dibuka penutupnya utk meniliti perkembangannya. Dan hasilnya lebih cantik dari bongkah yang lain. Melalui pemerhatian, kesemua bongkah yang disuntik pada 16/02/2008 ini boleh dibuka penutup peramnya pada 18-21/03/2008. Jangkamasanya untuk matang mengambil masa 31 hingga 35 hari. Terlalu awal untuk menentukan teknik bancuhan dan ramuan kami yang sedikit berbeza ini memberikan kesan terhadap perkembangan bongkah cendawan tersebut. Kami bersyukur dan berdoa semoga tempoh kematangan ini dapat dikekalkan atau lebih baik lagi. Amin.

0 comments:


 
Impian Mushroom