2008-04-16

KUNJUNGAN EN. RAMLEE KULAT ENTERPRISE

Pada hujung minggu lepas ladang cendawan kami dikunjungi oleh En. Ramlee yg datang dari Mambau, Seremban. Kunjungannya bersama keluarga dapat mengeratkan hubungan antara pengusaha cendawan seperti kami. Selain membincangkan kaedah tanaman cendawan yg lebih baik, kunjungan seperti ini dapat memberikan ruang perniagaan dua hala. Hujan yang turun dengan lebat pada petang itu, tidak mematahkan semangat En. Ramlee untuk meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya, ke Pantai Timur. Kami sekali lagi ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas kunjungan En. Ramlee. Ketika beliau sedang bersiap untuk berlepas, baru teringat akan kamera, hanya ini yang sempat di rakamkan.

0 comments:

 
Impian Mushroom