2008-04-16

Latihan Intensif di Impian Mushroom..

Pada pagi Sabtu 12 April 2008..telah diadakan satu latihan praktikal oleh Saudara Azizul bersama abangnya yang datang dari Gemas, N. Sembilan. Azizul merupakan graduan IPTA yang sangat berminat dengan tanaman cendawan. Ini dapat dilihat melalui semangat dan pertanyaan soalan yang diajukan olehnya ketika latihan. Saya memandang tinggi dengan anak muda yang berusaha dalam pencarian ilmu untuk meningkatkan taraf hidup serta ekonomi. Semoga lebih ramai anak muda yang terbuka minda untuk meneroka bidang yang boleh memberi pulangan yang lebih baik.
Saudara Azizul yang memakai topi sedang membancuh campuran habuk kayu. Yang membelakangi kamera ialah abangnya. Selepas tamat latihan, saudara Azizul menyatakan keyakinannya untuk memulakan tanaman cendawan. Semoga Azizul dapat memulakan tanaman cendawan secepat mungkin. Kami dari Impian Mushroom bersedia membantu saudara Azizul.

0 comments:


 
Impian Mushroom