2008-08-26

Gabungan Cendawan Malaysia

Seremban. Buat julung kali diadakan satu perjumpaan antara pengusaha-pengusaha cendawan dari seluruh Malaysia pada AHAD 24 OGOS 2008 yang lalu. Perjumpaan ini yang dihadiri 17 orang pengusaha cendawan yang datang dari merata tempat telah berkumpul dan membincangkan mengenai permasalahan dalam pengendalian perusahaan cendawan dan merangkai pasaran cendawan yang lebih meluas. Perjumpaan ini juga turut mengukir sejarah dalam industri cendawan tanahair dalam membentuk satu entiti yang akan mengorak para pengusaha ke arah yang lebih terjamin.

Perjumpaan tersebut yang dipengerusikan oleh Saudara Ramle (Kulat Enterprise) selaku tuan rumah di mana perjumpaan tersebut dijalankan. Dalam suasana santai para hadirin dihidangkan juadah minum petang dan buah tempatan. Diatas nama GABUNGAN CENDAWAN MALAYSIA, para pengusaha bersetuju untuk membentuknya sebagai satu persatuan yang berdaftar. Dengan liputan yang meluas ia dipercayai menarik perhatian para pemerhati yang masih mengintai peluang yang ada dalam industri cendawan di Malaysia kini. Perjumpaan susulan bakal diadakan selepas umat Islam menyambut Aidil Fitri. Pada perjumpaan akan datang, Gabungan Cendawan Malaysia mengharapkan lebih ramai pengusaha dapat turut serta untuk meningkatkan kekuatan persatuan ini.


Berikut adalah pengusaha yang hadir pada perjumpaan tersebut (duduk dari kiri) Rizal, Pak Syed (Sungai Udang), Abdul Rashid (Uda3900304), Mansor, Zamlan (Chini Agro), dan Azman (Tunas Alam)

(berdiri dari kiri) Amree (Cendawan 915), Jaafar , Hakim (S Two Mushroom), Supaat (Permai Desa), Kadir (KJ Mushroom), Ramle (Kulat Enterprise), Lan (P_Lan_ta), Rais (Impian Mushroom), Faisol (AY-NE), Nazelan (Cendawan Melaka) dan Bakar@Burn (Cendawan Melaka).

*Utk laporan lanjut sila lawati Kulat Enterprise.
*Utk galeri photo sila lawati Cendawan 915

0 comments:


 
Impian Mushroom