2008-09-14

SALAM RAMADHAN DAN SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI.

Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, pihak kami dari Impian Mushroom ingin mengucapkan Selamat Berpuasa dan Selamat Hari Raya Aidil Fitri yang akan menjelang 10 hari lagi kepada rakan-rakan dan pengunjung yang beragama Islam. Semoga bulan Rahmat ini didatangkan dengan lebih banyak rezeki kepada kita. Alhamdulillah kini Impian Mushroom telah melangkah lagi dalam industri cendawan sebagai pembekal bongkah di bahagian selatan tanahair. Dengan lokasi kami yang terletak diantara negeri Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Pantai Timur, ia merupakan satu kelebihan dalam memasarkan bongkah kami. Penghasilan bongkah kini telah meningkat kepada 1200 bongkah sehari bagi memenuhi tempahan yang kami terima. Ini bererti sebanyak7200 bongkah dihasilkan dalam satu minggu dan sekurang-kurangnya 30,000 bongkah sebulan. Terima Kasih kami ucapkan kepada pengusaha yang telah memberi kepercayaan kepada kami untuk membekalkan bongkah-bongkah cendawan tersebut. SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI. Salah dan silap kami mohon maaf, MAAF ZAHIR DAN BATIN.



Penghantaran pertama dalam kenangan, telahpun menghantar tempahan kali kedua untuk musim berikutnya tapi tak dapat rakam.



Waktu ni baru reda dari hujan lebat. Kedudukan bangsal/rumah di curam bukit. Lori tak dapat masuk, banyak cabaran utk trip ni.



Dua lori menanti untuk loading 9,000 bongkah.



Inilah lori untuk mengisi 10,000 bongkah.



Abang lori sedang membuat persiapan utk penghantaran.



Van Rusa ini boleh memuatkan tidak kurang dari 1,000 bongkah.


Ke Batu Pahat, tak pasang kanvas. Alhamdulillah cuaca sangat baik.



Sehingga malam kerja pemunggahan dilakukan.



Delivery packaging yang berlainan.



Penggunaan raga besi.



Nyaman je bangsal di bawah rimbunan pelepah kelapa sawit ini.

1 comments:

Anonymous said...

Tahniah!

Bila kursus seterusnya?


 
Impian Mushroom