2008-12-11

Kunjungan Pelajar Istimewa

Pada minggu terakhir persekolahan, ladang kami telah dikunjungi oleh empat orang pelajar yang datang bersama gurunya En. Sufian. Mereka ini merupakan pelajar Pendidikan Khas dari SMK Paduka Tuan, Segamat. Sekolah ini terletak kira-kira 6 kilometer dari ladang kami. Cikgu Sufian sebenarnya merupakan peserta kursus kami yang pertama kali di adakan pada awal tahun 2008. Minatnya pada tanaman cendawan kini dikongsikan kepada pelajar-pelajarnya. Kehadiran mereka pada hari tersebut bertujuan menjalani kaedah penyedian media cendawan. Walaupun keupayaan mental yang kekurangan, jelas terpancar keceriaan di hati mereka sepanjang berada di tempat kami. Dengan pelbagai telatah dan karenah, ia amat mencuit hati warga Impian Mushroom pada hari tersebut.


Berdiri dari kiri Cikgu Sufian, Tey Chee Kuan, Mohd Hishamudin, Mohd Sharif.
Duduk dari kiri Mohd Shazwan bersama salah seorang warga Impian Mushroom.



Sedang tekun dan penuh bersemangat membuat bongkah cendawan. Kami dari Impian Mushroom mendoakan kejayaan usaha murni Cikgu Sufian membimbing para pelajarnya ke alam berdikari, yang bakal ditempuhi mereka selepas tamat persekolahan.

0 comments:


 
Impian Mushroom