2009-01-03

Selamat Tahun Baru..2009

Kini kita baru saja melalui gerbang tahun 2009 dengan penuh keazaman yang sentiasa ingin memperbaiki diri. Begitu juga dengan kami di sini yang mempunyai misi dan visi yang perlu dicapai pada 2009 ini. Lebih kurang telah setahun setengah kami telah berada di dalam industri cendawan ini pelbagai halangan, rintangan dan cabaran yang kami tempuhi. Pengalaman ini sudah pasti kami jadikan panduan untuk lebih maju ke depan lagi.

Kepada yang pernah berkunjung ke ladang kami di Segamat, di ucapkan ribuan terima kasih kerana tanpa disedari telah memberikan sokongan moral dan semangat untuk terus maju dalam industri ini. Kepada En. Faisol AYNE dari Muar, Ramlee Kulat Enterprise, Syed Zulkiply Zumara, Pn. Ruhani Cahaya Khadija Mushroom, En. Saharuddin Cendawan BP Group, En. Hakim Shah Alam, Sdr Aziz dan Anuar dari Az-Zahra Shah Alam, Mr. Frankie One Mushroom, Sdr Izan dari Sri Medan dan beberapa kenalan dari laman blog ini. Terima kasih di atas kunjungan anda semoga usahasama yang terjalin berkekalan. Kepada yang mendapatkan bekalan bahan-bahan mentah atau bongkah dari kami, terima kasih juga kerana memberi kepercayaan kepada kami sebagai pembekal. Apa yang kami tawarkan adalah untuk memberi peluang kepada para pengusaha yang menitikberatkan nilai setiap kos. Secara tidak langsung dapat juga menyumbang pertumbuhan industri cendawan di Malaysia. 2009 ini kami mulakan dengan penuh keyakinan dan keazaman...Selamat tinggal 2008...
Tertutupnya sudah tirai 2008 ini, apa yang di pelajari sepanjang melibatkan diri dalam dunia cendawan amat berharga bagi kami. Kelihatannya cukup banyak peluang dan ruang niaga yang boleh di kembangkan. Semoga 2009 ini bakal menyinarkan lagi apa yang kami usahakan.

0 comments:


 
Impian Mushroom