2009-10-22

LAWATAN AZRI AND THE GANG

Semalam kami telah di kunjungi oleh pelajar UITM Segamat. Sebenarnya ini kali kedua kunjungan mereka dalam menyiapkan laporan kertas kerja yang berkaitan dengan usahawan bumiputera dalam bidang pertanian. Kali pertama mereka datang pada waktu petang, semalam temujanji dibuat sebelah pagi. Dapatlah mereka merasai pengalaman membuat bongkah cara manual dan juga menggunakan mesin. Melalui maklum balas kumpulan pelajar ini, penggunaan mesin ini adalah jauh lebih cepat dan jimat tenaga. Mereka ini berada dalam tahun akhir pengajian, didoakan mereka berjaya pada pembentangan nanti dan juga selepas pengajian.

1 comments:

Anonymous said...

can you show how it works?


 
Impian Mushroom