2008-02-07

Pertemuan Dan Perpisahan

Dua hari yang lepas saya didatangi kunjungan dari Jabatan Pertanian. Kunjungan itu dihadiri oleh empat orang kakitangan jabatan tersebut yang diketuai oleh Tuan Haji Mohamad untuk menilai projek yang saya jalankan. Walau apa pun saya mensyukuri kunjungan mereka yang memaklumkan saluran2 yang di sediakan oleh jabatan. Jadi amat penting untuk pengusaha baru untuk memaklumkan kegiatan pertanian anda kepada jabatan pertanian daerah masing-masing.

..saya rasa terkilan dan sedih dengan berita perpindahan salah seorang penolong pegawai pertanian ke daerah lain. Beliau sangat berpengalaman dalam pengendalian perusahaan cendawan. Lebih 20 tahun beliau mendalami perusahaan ini. Dan juga tidak lokek ilmu. Beliau sempat memberikan beberapa tip kepada saya, yang penting antaranya bagaimana untuk memanjangkan jangka hayat E.M dalam bangsal cendawan(tip ini akan saya kongsikan dalam blog ini kelak). Pemilik ladang cendawan terbesar di Malaysia ketika ini, juga banyak mendapatkan ilmu dari beliau satu ketika dulu. Dengarnya beliau telah bertukar ke Batu Pahat, kawasan mana saya tak pasti...

..patah tumbuh hilang berganti, keesokannya saya telah berjumpa dengan seorang bekas pengusaha cendawan. Pengalaman beliau juga tidak boleh dipertikaikan. Lebih 10 tahun mengusahakan cendawan, hasil terbanyak cecah 100kg sehari. Beliau juga pernah memasarkan produk sos cili cendawan dan juga cendawan kering yang telah di pek bersama sohun, tahu kering, pucuk(biasanya bahan ini dimasukkan dalam lodeh) yang telah diilhamkan isterinya. Cendawan yang di usahakan waktu itu jenis cendawan tiram kelabu, putih dan telinga kera(black jelly). Ada beberapa perkara yang memeranjatkan saya, bongkah cendawannya boleh dituai hasil sehingga mencecah setahun lamanya dan sekurang-kurangnya 8 bulan., dan rehatnya hanya ambil masa lima hari. Menakjubkan.. Orangnya tak lokek ilmu, suka bercerita dan suka membimbing. Mungkin di lain post akan saya kongsikan ilmu cendawan yang beliau curahkan..

3 comments:

Esamus said...

"Orangnya tak lokek ilmu, suka bercerita dan suka membimbing"

Harap IM juga tak lokek ilmu itu juga, sharelah bersama.

Impian Mushroom said...

salam esamus,
Ilmunya masih belum sampai ke IM lagi. Kalau dah dapat nanti akan IM praktikkan dan kongsikan disini.

AAMiaShitake said...

apa rahsia yg hayat bongkah sampai ke setahun tu..!! boleh citer skit

 
Impian Mushroom